Assalamualaikum and Hello.
Alhamdulillah kita berada dalam 22 Ramadhan. Masa berlalu begitu cepat sehinggakan kita tak terasa Ramadhan semakin berlalu meninggalkan kita. Saya pasti akan merindui Ramadhan kali ini.Anyway, semalam saya pergi ke Surau Alhusna untuk terawikh. Biasanya, mereka akan melakukan terawikh dan witir sebelum meneruskan dengan tazkirah. Saya teruja untuk pergi terawikh semalam, sebab pertama kerana imam terawikh yang boleh membuatkan air mata saya jatuh. Sungguh merdu suara Imam tu. Aduh tersentuh hati. Dan sebab kedua adalah kerana tazkirah yang akan disampaikan oleh Imam Muda Ashraf.
Ia adalah kali pertama saya tengok Imam Muda Ashraf secara live. Biasanya saya hanya mendengar tazkirah pendek beliau di Sinar.fm. Excited rasa nak dengar tazkirah beliau. Sebab tazkirah pendek yang dekat Sinar.fm tu pun sedap dan padu isinya. Apatah lagi tazkirah selama hampir 45 minit ini. Itu 1st impression sy terhadap beliau. Tak dengar lagi tu. hihihi.Excited punya pasal.
Wow, subhanallah. Memang padu isi tazkirah Imam muda Ahsraf. Mulanya beliau bercerita tentang malam lailatul qadar. Rasa seronok dengar. Rasa macam bersemangat nak cari malam lailatul Qadar. Macamana sahabat2 nabi bersungguh2 mencari malam lailatul Qadar. Bayangkan Malaikat turun beramai2 pada malam lailatul Qadar dan doa kita dimakbulkan Allah pada malam tersebut. Allahuakhbar.
Kemudian beliau bercerita pula tentang kelebihan2 surah2 dalam Al-Quran. Kita ni kalau menangis kerana membaca Kalam Allah, Allah haramkan kita dimamah api neraka. Tapi bukan semua dapat nangis menghayati kalam Allah. Dan bagaimana kisah beberapa orang yang masuk Islam dengan membaca kalam Allah. Antaranya Cat Steven yang memeluk agama Islam setelah membaca Surah Yusuf. Apa keistimewaan Surah Yusuf sampai pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam. Memang menakjubkan Al-Quran ni. Maka dengan itu, marilah kita beramai2 mendekatkan diri dengan kalam Allah ini.
Dan yang akhirnya beliau kongsikan bacaan surah Al-Fajr yang membuatkan saya menitiskan air mata. Bacaan Surah Al-Fajr oleh mishary alafasy rashid. Masya Allah memang meruntun jiwa. Boleh tgk kat utube video bacaan beliau.
Itulah serba sedikit tazkirah yang dikongsikan oleh Imam Muda Ashraf. Memang bestlah tazkirah beliau. Santai je. Seronok dengar. Saya teringin nak dengar live ceramah Ustaz Kazim Elias. Sebab beliau pun berceramah santai jer. Mudah diterima penyampaian beliau. Mungkin satu hari nanti.
So, sebelum balik tu mak sy insist nak bergambar dengan Imam Muda Ashraf. Malu jugak, sebab mak saya sorang je yang nak bergambar dengan beliau. Mak sy memang sempoi je.hihihi. Tapi Imam Muda Ashraf cool jer.
Sepanjang Ramadhan, ini tazkirah paling best dan menusuk kalbu. Terima kasih ustaz. Apapun sy berdoa agar kita semua dikurniakan malam lailatul Qadar. In shaa Allah.
xoxo
CF

'Dan yang akhirnya beliau kongsikan bacaan surah Al-Fajr yang membuatkan saya menitiskan air mata'
ReplyDeletedear, ada x ustaz cerita pasal kelebihan surah al fajr ni?
Ustaz suruh cari sendiri kelebihan surah al fajr ni..dalami maksudnya..dia kongsikan video syaikh mishary alafasy rashid mengaji surah al-fajr ni..Tu yg menusuk kalbu tu..Ustaz ada jugak baca surah al-fajr tu..memang sedap dia mengaji..tapi x pulak share isi surah al-fajr tu..sbnrnya dia berkongsi video tu sbb video tu dia dapat dari anak muridnya yg paling nakal sekali..sejak dengar tu..hari2 dia amalkan surah al-fajr tu..
Deletependekatan yang imam muda ashraf guna tu, mudah utk kita fahami kan... simple je.. cara dia laa kan...
ReplyDeleteTu lah suka cara pendekatan dia bertazkirah..dekat dengan hati masyarakat..alhamdulillah..
DeletePerkongsian yg menarikkk.
ReplyDelete