Sep 1, 2016

::Aku Wujud::

Assalamulaikum and Hello.

Entry in BM.

Aku wujud--
Semalam aku hilang sesuatu
harini datang sesuatu pada aku
berdikit-dikit melangkah longlai

Esok aku belum pasti
apa yang bakal menyerabut
jerih yang bakal ditongkah

3 dekad aku berdiri di bumi ini
di asak pelbagai cerita
tawa duka pahit manis
aku telan bulat-bulat

perjalanan masih jauh
atau sudah hampir tamat
itu juga jadi tanda tanya

Aku bukan seorang yang paling ingat tarikh2 penting. 
Aku bukan perempuan biasa.
Yang cakap lembut2.
Tapi dia ajar aku semua tu.

Ketika aku tulis entry ni.
Aku fikir nak catat setiap tarikh yang berlaku dalam hidup aku.
Tapi sayangnya otak aku kata malas.
Aku lah budak paling malas ingat tarikh.
bukan aku tak cuba.
tapi aku tarikh2 mmg x ngam dgn aku.

Ini cuma satu imbasan.
Supaya bila aku takde.
Ada kata-kata ini untuk ingat sesuatu tentang kewujudan aku.
Ini mungkin waktu2 penting dalam hidup aku.

seumur aku 6 bulan.
Tangan tua itu ambil aku dari yang hak.
aku bahagia dengannya.
Rasa itu cuma pinjaman selama 19 tahun aku hidup.
Terima kasih mak@nenek.

27 tahun.
Bermula perjalanan Ph.D aku.
Defense semester satu.
Momentum aku sangat bagus.
Tuhan takdirkan aku disatukan dengan dia.
bermula satu episod baru.
keluarga baru.

Umur setahun jagung.
Aku kembali diuji,
Allah bagi aku kekuatan,
2 tahun aku pulih.

Ogos 2016.
Allah uji aku.
Aku hilang sesuatu dalam hidup.
Aku hilang langkah. 
3 hari rasa macam bertahun.

Kenapa aku cerita semua ni.
sebab kalau kau rasa kau kuat.
kau bagus.
Ada lagi yang lebih kuat dan bagus dari kau.
yang mampu ubah hidup kau.
dari alpa jadi sedar.
dari sedar jadi alpa.

Syukur dengan perjalanan hidup aku.
Jumpa mcm2 orang.
Tapi akhirnya.
Patah balik pada Dia yg satu.
Allahuakhbar aku rindu sama Tuhan.
xoxo.
CF.


4 comments :

  1. Allahuakbar. sabar ye. InsyaAllah semua ini ada hikmah. saya follow awak di sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudari for the positive vibes. :) Moga Allah lindungi kamu juga. :)

      Delete

Thanks for your comments. May Allah bless you.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

✿MY CHICKEN FLOSS✿ Copyright © 2016